Kedudukan Dunia FIH

Kedudukan Dunia FIH adalah satu sistem kedudukan untuk pasukan lelaki dan wanita yang mewakili negara dalam sukan hoki. Negara-negara yang menjadi ahli Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), iaitu sebuah badan dunia yang mengawal sukan hoki, ditentukan kedudukan mereka berdasarkan keputusan permainan. Kedudukan ini mula diperkenalkan sejak Oktober 2003.[1]Satu sistem mata digunakan, dengan mata yang dianugerahkan berdasarkan klasifikasi terakhir dari kejohanan FIH diiktiraf. Kedudukan adalah berdasarkan kepada prestasi pasukan sejak empat tahun lepas, dan akan mengemas kini sekali kejohanan besar selesai.